السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-10-2013
Dah Oktober. Rekod cuti semua staf dah kuar. Ada yang berbaki puluhan hari. Ada yang berbaki 100± hari lebih tidak diambil. Rekod paling banyak, 256 hari baki cuti sorang designer.
Hai... kalu saya ada baki cuti camtu banyak, kompom merata alam saya berjalan. Depa tu bukan taknak cuti, tetapi position depa tu penting dan selalu tak boleh cuti.
*****
Balik kija malam tadi, Me & MyToklaki bertembung dengan sekumpulan (5,6 orang) bebudak lelaki remaja. Mungkin masih Form 2 or Form 3 berkumpul bersama motor masing-masing. Yang tak sedap didengar tu, bahasa depa. Mak aiii... kembang telinga.
Woiii tunggu la aku, bodoh!”
“Hey bodoh! Cepat aarr!”
MyToklaki geleng kepala. “Kenapa budak-budak sekarang ni tak lepas nak sebut ‘bodoh’? Dia tu pandai sangat ker?”
Kerana saya diam malas nak tokok tambah dia bebel lagi, “Zaman aku muda dulu, mana ada nak sebut benda-benda camtu.”
Isu tu senyap camtu saja sebab saya malas nak bertekak or berbalah walaupun saya setuju sepenuhnya akan bebelan si suami tu. Kan saya batuk kuat? Malas la nak cakap banyak-banyak!
~...malam semalam bulan kelihatan menyabit serong dan cahayanya begitu tajam dan seperti biasa mengekori ke mana sahaja sehinggakan terleka SERI BULAN dek sabitnya bulan purnama itu lalu nyaris tersungkur disadung akar meranti yang menjalar tidak disedar, HISYAM terpaksa menutup mulut menahan tawa yang hampir terhambur kerana bimbang nanti kena sembur...~
No comments:
Post a Comment