ASSALAMUALAIKUM...
"TAK SABAR!"
Itulah yang asyik diperkatakan Iman apabila ER memberitahu bahawa rakan media dijemput menghadiri 'Media Family & Friends Water Park Preview Day di Legoland Malysia, Sabtu lepas. Setiap hari.. "eiii.. tak sabarnya.. eiii.. tak sabarnya.. '.. itulah yang asyik keluar dari mulut Iman. Iman ni memang jenis yang suka sangat dengan kolam atau permainan air sejak kecil sampai anak dara itulah perangainya tak berubah-ubah dan dia ni memang jenis yang agak berani juga,
eiiii.. SK pulak yang seram bila tengok dia berada di atas gelongsor air tau.
ini semua akibat banyak sangat makan cistat lah sampai jadi bam bam macam ni, hehehehe |
Ditakdirkan sehari sebelum ke Legoland Water Park ni, SK kena 'serang hendap dengan Jepun'.. adoilaaa.. memang rasa terkilan jugalah sebab tak dapat bermain air bersama-sama Iman, mujur juga sepupu Iman, Ilham (anak Angah) ikut sekali jadi adalah kawan si Iman tu.. dan SK pun rasa selamatlah sebab ada alasan tak boleh naik slides.. hahahaha.. kalau tak mampuslah kena naik slides yang berpusing-pusing tu, haruslah SK muntah satu beledi.. aiyarkkk!!
Sebenarnya..
ramai sangat yang tanya SK pasal harga tiket nak masuk ke Water Park ni.
Siapa yang nak tahu harga tu bolehlah pergi ke website
Legoland Malaysia.
SK bagitahu sekali imbas jerlah kat sini.
Harga tiket masuk bagi 12 thn - 59 tahun - RM95,
kanak-kanak 3 -11 tahun termasuk warga emas (60++) - RM75,
bawah 2 tahun kena bayar RM10 ya.
Tu semua harga bagi pemilik mykad.. maknanya warganegara Malaysia.
Kalau anda bukan warganegara, bolehlah semak harga di website yang SK sebutkan tadi.
Hari itu ramai sangat yang ingat, amboiii.. banyaknya duit SK ni pergi Legoland..
Sebenarnya, SK masuk percuma, Alhamdulillah.. murah hati Legoland Malaysia memberi peluang kepada media membawa keluarga bergembira di sini.
Mehlah tengok gambar sikit-sikit apa yang ada di Legoland Water Park ni ya.. tak larat SK nak masukkan banyak-banyak gambar.. huhu.
1. LEGO Slides Racer - Ketinggian dibenarkan yang dibenarkan untuk menuruni gelongsor ini ialah melebihi 107 cm. Haaaaaaaaa... entah apa kegilaan, ER menggelonsor di sini sampai empat kali.. huhuhuhu.. SK pernah terbaca bahawa ketinggian LEGO Slides Racer ni menyamai bangunan 4 tingkat tau.
ER sedang menuruni gelongsor.. baris kedua dari kiri... aukkkkkk!!
2. WAVE RIDER -
Ketinggian dibenarkan pun 107 cm ke atas. Yang ini rasanya tak ada siapa di antara mereka ni yang turun gelongsor ni.
yang warna biru ni wave rider |
3. BRICK BLASTER -
Juga ketinggian dibenarkan atas 107 cm.. ER dan anak-anak tak sempat naik sebab orang beratur punyalah ramai.. tuuuuuu dia gambar atas yang pegang boya hijau semua nak naik benda nilah, haha!!! Duduk tiga empat orang dalam boya tu pas tu melongsorlah kat situ dalam boya, gerenti selamat, janji peganglah boya tu kuat-kuat.
4. SPLASH & SWIRL -
Juga atas 107 cm.. yang ini naik kena duduk dalam boya sorang-sorang ya...
tuuuuuu tengok ER.. bukan main lagi dia ya!!
Haaa.. siapa yang naik boya hijau (Brick Blaster) tu dia akan jatuh kat gelongsor merah kuning sebelah tulaaa..
5. TIDAL TUBE -
Kalau tinggi 107 cm kira bolehlah gelongsor kat sini. Tak tahu diorang naik ke tidak benda ni, hehehe.
Tidal Tube gelongsor yang berwarna hijau tu |
6. TWIN CHASERS -
Ini untuk ketinggian melebih 102 cm. Rasanya ER ada naik.. haaa.. ni gambar dia.
7. SPLASH OUT -
Gelongsor biru depan sekali dalam gambar bawah ni. Ngeri SK bila tengok ada mak bapak ni melepaskan anak daranya yang halus atas gelongsor ni.. huhuhu. Ilham pun turun juga gelongsor ni. Tak sangka pulak Ilham berani, dulu masa kecik-kecik punyalah penakut nak naik gelongsor-gelongsor air ni tau, hahaha. Gambar dia nanti SK tepek kemudian.
8. RED RUSH -
ketinggian melebihi 102 cm.. naik ramai-ramai duduk dalam boya warna biru.. eiii.. gayat SK tengok diorang ni.. huhu..
pegang kuat-kuat!! |
9. JOKER SOAKER -
Taman permainan interaktif yang terdiri dari ketinggian dan panjang yang berbeza. Haaaaa.. untuk tinggi 102 cm ke atas juga.. Macam biasalah, kalau ada play ground ni mesti ada baldi air kan.. baldi air ni mengandungi 300 gelen air yang akan tercurah ke bawah bila penuh. Dah semua orang tunggu kena curah ngan air, seronok benor kena curah air nampaknya ya.. hehehe.
10. BUILD- A- RAFT RIVER -
Yang ini SK 'jeles' okey!! Duduk dalam boya jernih ni dan biarkan anda di bawa arus menyusuri sungai malas dalam Water Park ini sambil mengutip lego-lego getah yang berapungan.. nangis!
11. LEGO Wave Pool -
Pantai Buatan yang tidak berpasir. SK nak nangis bila diorang 'pasang' gelombang yang kuat tu... adoiii.. kuciwa sungguh!!
Selain tu banyak lagi yang boleh diterokai di sini bersama keluarga tercinta tau.
SK memang rasa seronok sangat di sini
canopy tertutup aka cabana biru untuk disewa |
Oh, ya!
Bagi yang ingin lebih 'privacy' bolehlah menyewa cabana yang disediakan di sini.
Apa yang SK lihat, mungkin kerana Water Park ini masih baru maka kurangnya tempat untuk berteduh. Memang kehitaman SK dibuatnya. Jadi, sesiapa yang nak datang ke sini jangan lupa sapu 'sun block' ya. Bagi mereka yang selalu kelaparan tu di sini terdapat dua pilihan iaitu 'Beach & Brick Grill' yang terletak di hadapan pantai buatan atau 'Brick Bay Cafe' yang berdepan dengan Joker Soaker. Makanan yang disediakan boleh tahan sedap dan mengenyangkan.
Juga terdapat perkhidmatan locker untuk anda menyimpan barangan anda,
tempat persalinan, tandas dan bilik mandi serta surau turut disediakan di sini
untuk kemudahan pengunjung.
Jom!!!
No comments:
Post a Comment